Sunday, March 15, 2015

Sayang Seorang Suami

Suami yang baik,soleh, penyayang, adalah yang  di idamkan kebanyakan wanita kan?

Bonus daripada itu, kaya dan berkerjaya menjadi pilihan. Bagaimana sue memilih suami sue? ^_^

Sue tak pandang kaya atau berkerjaya, apa yang sue tahu,
suami sue seorang yang serba sederhana.

Sederhana dari segi kekayaan, sederhana dari segi kerjaya, tapi apa yang boleh sue  berbangga dengan suami sue adalah kaya dengan ilmu agama. Alhamdulillah.

#######################################################

Usai subuh berjemaah bersama, suami menghulurkan tangan untuk disalam dan dikucup, kucupan suami dipipi dan dahi kembali selepas ku bersalam dengannya.

"sayang dah selesai mathurat? soal suami.

 "belum bang, baru baca sikit.. nanti sayang sambung ye "  jawabku sambil tersengih2 malu.

 " ok, jangan tinggal ye, pagi dan petang ye sayang, " tambah suami.

"ok bang, menurut perintah! " ujarku nakal.

Itulah dialog yang sentiasa suamiku tuturkan usai subuh dari awal nikah sehingga sekarang.

Walaupun, dia tahu aku sentiasa amalkan, tapi itu tanda peringatan dan.........

itulah erti SAYANG SEORANG SUAMI.


coretan isterimu.
UMMUABDURRAHMAN ♥