Friday, November 17, 2017

PENULIS : penulisan dari hati untuk hati

بسم الله الرحم الرحيم...

Setelah sekian lama meninggalkan dunia blog, insyaalah saya akan kembali dengan nafas yang baru.
banyak peristiwa dan kejadian yang di alami oleh kami.

Blog ini sebenarnya di buat atas perniagaan produk kesihatan, tapi saya telah pun meninggalkan perniagaan itu, saya juga secara automatik, bukan lagi ahli secara rasmi. Walau bagaimanapun, saya masih lagi menggunakan produk tersebut. Alhamdulillah.

Saya sebenarnya bukan ingin menyatakan tentang hal itu, akan tetapi ingin mengorak langkah untuk terus menulis. Penulisan dari hati, untuk hati.

Sebenarnya, bukan senang untuk menjadi penulis, jatuh bangun dengan emosi dan berlaku bermacam perkara, membuatkan hati semakin rapuh dan mudah terusik. Manusia, walau banyak ujian dan dugaan, masih juga berpijak di bumi yang nyata. 

=====================================================================
Teka saya di mana?

Saya berada di bumi Terengganu, tempat saya jatuh bangun untuk mendapatkan segulung diploma dan segulung ijazah. Yes! UniSZA. kenapa saya di sini?

Saya memang sangat teringin nak sambung pelajaran di sini. Tapi mungkin bukan sekarang, doakan untuk sambung di sini lagi suatu hari nanti. Doakan juga untuk menjadi seorang penulis. 

NAK JADI PENULIS ?

YA, memang menjadi impian saya untuk menjadi penulis, saya pun tahu, ramai juga yang ingin menjadi penulis kan. Saya yakin banyak persoalan di dalam fikiran tentang bagaimana untuk jadi penulis? apa caranya? dan macam-macam persoalan lagi. betul kan?

Apa yang penting, kita mestilah banyak membaca. Kita sendiri perlu tahu, ciri buku bagaimana yang boleh menjadi kita minat untuk membaca. Sepertimana saya, saya suka bahan bacaan dari tulisan HAMKA. Kalau awak nak tahu siapa HAMKA, teruskan 'google'.

 HAMKA ini adalah seorang ulama terkenal di Indonesia dan Malaysia. Beliau adalah ulama kelahiran Indonesia. bahasa yang indah, penceritaan yang mengusik hati berjaya membuatkan saya jatuh hati dengan penulisan beliau. Buat sahabat yang membaca blog saya ini, saya galakkan anda membaca tulisan HAMKA, kebiasaan seorang penulis, tulisan karangan HAMKA ini sudah menjadi bacaan yang wajib di baca, kerana ia boleh memberi cetusan idea dalam penulisan seseorang.

Antara buku-buku karya beliau adalah :

1. Ayahku
2. Tenggelamnya Kapal Van der wijck
3. Falsafah Hidup
4. Di bawah Lindungan Kaabah
5. Lembaga Hidup
6. Merantau ke Deli


Masih banyak lagi karya yang dihasilkan beliau. yang disenaraikan di atas itu yang telah saya baca, ada yang saya ulang pembacaan, untuk memberi gambaran tentang kehidupan anak Indonesia. Kebanyakan kisah di dalam buku Lembaga Hidup, kisah itu adalah kisah benar daripada kehidupan di Indonesia, yang telah di karang oleh HAMKA sendiri. ( anda boleh baca sendiri ,dan betulkan jika saya salah ). 

Kesemua buku di atas adalah kepunyaan suami saya. Ia adalah buku kesayangan suami saya, beruntung juga ya dapat suami yang suka beli dan baca buku. (hehe). Jimat belanja saya. Alhamdulillah. 

Jom mulakan untuk jadi penulis. Tulislah, selagi ada hati untuk berkata.

PENULISAN INI DARI HATI UNTUK HATI.

sahabat-sahabat boleh komen untuk memberikan idea sebagai penulis dan buku yang anda baca. 

fb:Rosmawati Zawawi
emel: rosmazawawi87@gmail.com







1 comment: