Friday, November 17, 2017

PENULIS : penulisan dari hati untuk hati

بسم الله الرحم الرحيم...

Setelah sekian lama meninggalkan dunia blog, insyaalah saya akan kembali dengan nafas yang baru.
banyak peristiwa dan kejadian yang di alami oleh kami.

Blog ini sebenarnya di buat atas perniagaan produk kesihatan, tapi saya telah pun meninggalkan perniagaan itu, saya juga secara automatik, bukan lagi ahli secara rasmi. Walau bagaimanapun, saya masih lagi menggunakan produk tersebut. Alhamdulillah.

Saya sebenarnya bukan ingin menyatakan tentang hal itu, akan tetapi ingin mengorak langkah untuk terus menulis. Penulisan dari hati, untuk hati.

Sebenarnya, bukan senang untuk menjadi penulis, jatuh bangun dengan emosi dan berlaku bermacam perkara, membuatkan hati semakin rapuh dan mudah terusik. Manusia, walau banyak ujian dan dugaan, masih juga berpijak di bumi yang nyata. 

=====================================================================
Teka saya di mana?

Saya berada di bumi Terengganu, tempat saya jatuh bangun untuk mendapatkan segulung diploma dan segulung ijazah. Yes! UniSZA. kenapa saya di sini?

Saya memang sangat teringin nak sambung pelajaran di sini. Tapi mungkin bukan sekarang, doakan untuk sambung di sini lagi suatu hari nanti. Doakan juga untuk menjadi seorang penulis. 

NAK JADI PENULIS ?

YA, memang menjadi impian saya untuk menjadi penulis, saya pun tahu, ramai juga yang ingin menjadi penulis kan. Saya yakin banyak persoalan di dalam fikiran tentang bagaimana untuk jadi penulis? apa caranya? dan macam-macam persoalan lagi. betul kan?

Apa yang penting, kita mestilah banyak membaca. Kita sendiri perlu tahu, ciri buku bagaimana yang boleh menjadi kita minat untuk membaca. Sepertimana saya, saya suka bahan bacaan dari tulisan HAMKA. Kalau awak nak tahu siapa HAMKA, teruskan 'google'.

 HAMKA ini adalah seorang ulama terkenal di Indonesia dan Malaysia. Beliau adalah ulama kelahiran Indonesia. bahasa yang indah, penceritaan yang mengusik hati berjaya membuatkan saya jatuh hati dengan penulisan beliau. Buat sahabat yang membaca blog saya ini, saya galakkan anda membaca tulisan HAMKA, kebiasaan seorang penulis, tulisan karangan HAMKA ini sudah menjadi bacaan yang wajib di baca, kerana ia boleh memberi cetusan idea dalam penulisan seseorang.

Antara buku-buku karya beliau adalah :

1. Ayahku
2. Tenggelamnya Kapal Van der wijck
3. Falsafah Hidup
4. Di bawah Lindungan Kaabah
5. Lembaga Hidup
6. Merantau ke Deli


Masih banyak lagi karya yang dihasilkan beliau. yang disenaraikan di atas itu yang telah saya baca, ada yang saya ulang pembacaan, untuk memberi gambaran tentang kehidupan anak Indonesia. Kebanyakan kisah di dalam buku Lembaga Hidup, kisah itu adalah kisah benar daripada kehidupan di Indonesia, yang telah di karang oleh HAMKA sendiri. ( anda boleh baca sendiri ,dan betulkan jika saya salah ). 

Kesemua buku di atas adalah kepunyaan suami saya. Ia adalah buku kesayangan suami saya, beruntung juga ya dapat suami yang suka beli dan baca buku. (hehe). Jimat belanja saya. Alhamdulillah. 

Jom mulakan untuk jadi penulis. Tulislah, selagi ada hati untuk berkata.

PENULISAN INI DARI HATI UNTUK HATI.

sahabat-sahabat boleh komen untuk memberikan idea sebagai penulis dan buku yang anda baca. 

fb:Rosmawati Zawawi
emel: rosmazawawi87@gmail.com







Sunday, March 15, 2015

Sayang Seorang Suami

Suami yang baik,soleh, penyayang, adalah yang  di idamkan kebanyakan wanita kan?

Bonus daripada itu, kaya dan berkerjaya menjadi pilihan. Bagaimana sue memilih suami sue? ^_^

Sue tak pandang kaya atau berkerjaya, apa yang sue tahu,
suami sue seorang yang serba sederhana.

Sederhana dari segi kekayaan, sederhana dari segi kerjaya, tapi apa yang boleh sue  berbangga dengan suami sue adalah kaya dengan ilmu agama. Alhamdulillah.

#######################################################

Usai subuh berjemaah bersama, suami menghulurkan tangan untuk disalam dan dikucup, kucupan suami dipipi dan dahi kembali selepas ku bersalam dengannya.

"sayang dah selesai mathurat? soal suami.

 "belum bang, baru baca sikit.. nanti sayang sambung ye "  jawabku sambil tersengih2 malu.

 " ok, jangan tinggal ye, pagi dan petang ye sayang, " tambah suami.

"ok bang, menurut perintah! " ujarku nakal.

Itulah dialog yang sentiasa suamiku tuturkan usai subuh dari awal nikah sehingga sekarang.

Walaupun, dia tahu aku sentiasa amalkan, tapi itu tanda peringatan dan.........

itulah erti SAYANG SEORANG SUAMI.


coretan isterimu.
UMMUABDURRAHMAN ♥



Thursday, October 23, 2014

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.... semoga semua sahabat dalam keadaan diredahi Allah.. :-)

Bismillah.....

..... malam yang indah untuk menitip sesuatu yang lama ditinggalkan. lama betul tinggalkan blog ni..Cuti minggu berada di kampung halaman mertua adalah minggu untuk Honeymoon sambil layan blog.

Meluangkan masa bersama setiap minggu menjadi rutin setiap keluarga. Masih dalam mood yang baik? sentiasalah berada dalam mood yang baik ye.

Pastikan Shaklee pilihan anda bersama dengan anda.. :)  KHAMIS 23OKTOBER 2014 11PM






Monday, August 25, 2014

Erti bahagia.

Bismillah.. ^_^

Teruja dan tak sabar rasanya untuk mencoret sedikit coretan yang bahagia..:-) :-)

Bagi sesetengah orang, kebahagiaan yang dirasa dan dialami berlainan dengan sesetengah yang lain. Kenapa? Mestilah berlainan sebab hanya kita sahaja yang rasa kebahagiaan itu di tahap mana, dan hanya kita tahu bahagia itu atas sebab apa. Walaupun sama sebabnya, tapi kita yang alami kebahagian tu bukan orang lain kan?:-)

Sue.. akan merasa bahagia bila kita dapat membahagiakan orang.. lebih2 lagi orang tua kita. Bila ada suami, suami menjadi kebahagiaan kita juga. Sedaya upaya untuk kita ingin memberikan yang terbaik untuk mereka. Mereka yang menjadi jantung hati dunia dan akhirat.. InsyaAllah. Biiznillah.

 Bagaimana dengan anda?

Erti bahagiaku disini...;-)


Kita sambung lagi nanti.. :-):-)

25hb ogos 2014 ( 07:10pm )

Monday, June 9, 2014

Rindu...

10/06/2014-

Bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum kepada semua pembaca. Alhamdulillah harini kita masih lagi menikmati hidup dan masih berada dalam keadaan sihat dengan nikmat Allah. Nikmat Islam dan Iman..

Insyaallah harini sue akan berkongsi sedikit tentang RINDU... Kita sebagai manusia mempunyai rasa rindu... malah rindu itu boleh berubah menjadi sedih. Kenapa ye?

Emm.. mgkin rindu itu tidak dapat ditahan.. mungkin juga rindu itu satu rahsia Allah untuk menguji hambaNya untuk bersabar... dan berdoa... ya berdoa adalah salah satu pengubat rindu kan? Percayalah... jika rindu berdoalah... jika rindu maka menangislah.. ia boleh membuat kita berdoa dengan penuh kerinduan...

Sue sangat merindui insan2 yang sangat istimewa. Yang pergi tanpa melihat dunia... dan yang pergi dengan takdir dan waktu yang tepat.... semuanya adalah perancangan Allah...
 Siapa yang menjadi kerinduan sue ni?...

                               My mother and my son...

yang paling rindu adalah Pencipta kedua2 insan ini dan kita semua...

Nantikan kisah sue tentang dua insan istimewa di hati ini...Insyaallah coming soon..:-)

Berdoalah untuk insan kesayangan anda...
''Berdoalah kepadaku nescaya aku akan perkenankan..'' (al-mukminun 60 )

Sunday, June 8, 2014

Pengalaman....

9/6/2014-

Alhamdulillah..  harini 73hari sue berpantang selepas melahirkan anakanda tercinta. Walaupun anak sue hanya dapat bertahan 2jam untuk hidup, tapi segalanya sempurna dan smooth je. Sue terima dengan redha insyaAllah..

Maka ,harini hari yang ke73 pemergian anakanda tercinta memberi satu kenangan yang tidak akan dilupakan... insyaallah sue akan ceritakan detik itu nanti:-)

Melalui masa berpantang tanpa anak disisi memberi satu ujian yang sangat hebat. Emosi akan melemahkan fizikal. Emosi amat perlu dijaga... alhamdulillah semasa berada di dalam pantang sue menggunakan set shaklee yang terdiri daripada zinc, b complex dan vita-lea.. dengan suplement yang di hadiahkan oleh sahabat baik dunia akhirat sue ini sue semakin hari semakin sihat. Emosi sangat baik, badan sihat..